Kenapa saya membuka blog?
Kewujudan laman-laman blog tidak dapat dinafikan telahpun lama wujud dan berkembang. Namun minat saya terhadap menulis di blog pada dahulunya amatlah kurang ataupun belum timbul minat untuk menulis dengan serius.
Apabila saya rasakan banyak pendapat dari diri saya yang perlu saya ketengahkan dari isu-isu semasa tetapi dalam masa yang sama facebook dan twitter bukan lagi satu medium yang relevan bagi saya untuk menulis atas sebab-sebab tertentu jadi saya memilih untuk memulakan penulisan saya di blog.
Tulisan-tulisan yang menjadi inspirasi saya di blog adalah tulisan daripada Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dari laman chedet.cc. Pada awalnya, saya bertemu dengan tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir ini apabila saya membeli buku kompilasi tulisan-tulisan di blog beliau versi pertama. Namun setelah beberapa hari membeli dan membaca buku versi yang pertama, buku tersebut hilang dan benar-benar hilang (total lost). Namun, disebabkan minat terhadap tulisan beliau, saya terus mendapatkan bagi versi kedua sejurus sahaja diterbitkan.
Saya bersetuju dengan kata-kata Tun Dr Mahathir;
"When I am able to pen my thoughts, it becomes somewhat a 'blueprint' for me to pursue the ideas and whenever possible, work towards making it a reality. And I also believe if we are unable to pen our thoughts, they will eventually be forgotten."
"Once an idea is forgotten, it is as good as if it never existed."
Atas dasar yang lebih kurang sama juga, maka dengan itu saya mengambil keputusan untuk mula menulis blog.
Saya tidak bercadang untuk menulis 'a world public diary' yang menulis tentang kisah-kisah kehidupan diri saya tetapi untuk mengeluarkan pendapat-pendapat dan idea-idea peribadi saya. Saya juga berharap jika selepas ini ada yang kurang bersetuju tentang pendapat-pendapat ataupun idea-idea saya, saya membuka pintu perbincangan tapi tidak jika sengaja menghentam tanpa asas.
Semoga tulisan-tulisan saya diterima ramai. amin.
sekian,
wasalam.