1. Identiti secara umumnya dapat diterjemahkan sebagai satu lambang kepada sesuatu budaya, cara hidup dan lain-lain.
2. Bagi Kamus Dewan, identiti diterjemah sebagai (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dan sebagainya) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.
3. Dalam ayat di atas, dua perkara penting yang menerangkan maksud identiti adalah perkataan lambang dan ayat mengasingkannya daripada yang lain.
4. Setiap bangsa dan negara pasti akan ada identiti yang tersendiri. Ini adalah kerana bangsa dan negara mempunyai lambang mereka yang tersendiri dan pasti mereka adalah sesebuah kelompok yang berbeza daripada yang lain dan bukan meniru identiti orang lain dan membawa masuk dalam identiti sesebuah bangsa atau negara.
5. Jika kita melihat negara Jepun. Apa yang terlintas di dalam minda kita adalah mereka sebuah bangsa yang suka membaca dan mempunyai sifat pembersih. Mereka cintakan ilmu dan kehidupan mereka cukup teratur. Jika dari aspek teknologi, jenama Toshiba, Fujitsu, Sony dan lain-lain menjadi identiti kepada Jepun.
6. Jika Korea Selatan pula, walaupun ada beberapa kontroversi mengenai budaya bawaan K-POP oleh kerajaan mereka, tetapi mereka membawa identiti mereka sendiri. Rakyat korea beridentiti KPOP. Mereka juga bangga dengan produk-produk mereka. Samsung, LG, Hyundai, KIA merupakan produk mereka bertaraf antarabangsa telah menjadi identiti mereka.
7. Jika di sebelah barat. Amerika Syarikat sebagai contoh, umum mengetahui negara ini sebagai sebuah negara dan bangsa yang begitu maju. Nama-nama budaya yang membawa kepada satu cara hidup melalui fesyen, music dan lain-lain seperti HIP HOP, breakdance, punk, dan sebagainya merupakan satu produk negara sehingga menjadi ikutan dalam masyarakat dunia sudah pasti ia merupakan satu identiti Amerika Syarikat yang membanggakan warganegara mereka. Rakyat mereka dikenali oleh dunia dengan budaya tersebut. Mereka juga cukup bangga dengan produk automotif mereka General Motors, Chevrolet. Jika ke kota New York, Yellow Cabs merupakan simbol kemajuan sistem pengangkutan awam (teksi) mereka yang saya pasti terkenal di seantero dunia.
8. Di timur tengah, sama ada islam ataupun tidak, budaya pemakaian serban telah menjadi identiti mereka. Tarian dan lagu-lagu irama arab melambangkan budaya seni timur tengah.
9. Malaysia. Apakah identiti kita rakyat Malaysia?
10. Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Bagi bangsa Melayu pemakaian baju Melayu bagi lelaki dan baju Kurung bagi wanita adalah sebuah identiti. Produk automotif negara Proton turut menjadi lambang bagi negara Malaysia. Banyak lagi budaya masyarakat dan produk-produk Malaysia yang menjadi identiti negara.
11. Persoalannya adakah identiti negara mahupun bangsa menjadi sesuatu yang dibanggakan rakyat Malaysia?
12. Adakah kita lebih bangga memakai fesyen negara luar berbanding fesyen negara sendiri? Adakah memakai baju kurung atas sebab baju rasmi negara ataupun pejabat? Adakah kita mengkeji produk negara dan memuji produk luar negara?
13. Ini bukan sikap yang menggambarkan kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Negara yang maju rakyatnya sayangkan produk tempatan kerana itu adalah identiti mereka.
14. Adakah satu hari nanti negara kita sudah tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan identiti? Perkara sekecil-kecil plat pendaftaran kenderaan juga rakyat negara kita meniru negara lain dengan meletakkan logo negara kesatuan eropah. Perkara-perkara besar tidak perlu disebut saya pasti kita semua tahu apakah perkara-perkara yang menjadi pujaan rakyat Malaysia sehingga merosakkan identiti negara. Jadi dimanakah letaknya identiti negara pada diri kita?
15. Renung-renungkan. Supaya rakyat Malaysia menjadi sebuah rakyat yang maju beridentiti sendiri. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment